Terdapat beberapa cara untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee di Malaysia khas untuk anda yang ingin menikmati semua kelebihan yang Shaklee sediakan.
Suka untuk saya kongsikan bahawa Shaklee adalah antara pilihan terbaik di Malaysia dan telah menjadi pilihan utama rakyat Malaysia dan telah tersenarai dalam senarai Trusted Brands di Asia. Dengan sebab itu juga lah semakin ramai yang mencari dan menggunakan Shaklee untuk mendapatkan kesihatan yang terbaik hari demi hari.
Tahniah buat anda yang mengambil langkah bijak ini, jom saya kongsikan beberapa cara untuk mendaftar sebagai ahli shaklee :
Daftar Melalui Pengedar Sah Shaklee Sah / Leader Shaklee Aktif
Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee melalui Pengedar Shaklee yang Sah seperti saya.
Ini kerana anda akan dibantu dengan proses pendaftaran dan juga diberi panduan mengenai produk serta plan perniagaan jika anda berminat untuk mendapatkan income tambahan.
Saya juga akan menjadi mentor anda dalam memulakan perniagaan walau hanya dari rumah.
(gambar)
Daftar Secara Online di Laman Web Shaklee
Anda juga boleh mendaftar sendiri secara terus melalui laman web rasmi Shaklee Malaysia.
Anda hanya perlu masuk ke laman web Shaklee Malaysia
(gambar)
Cari pilihan Join Now atau Daftar Ahli di laman tersebut
(gambar)
Isi maklumat yang diperlukan dan anda perlu membuat pembelian untuk mengaktifkan keahlian anda.
(gambar)
Jika anda perlukan bantuan, boleh terus hubungi saya DI SINI
Pendaftaran Berbayar
Yuran pendaftaran untuk keahlian hanya RM35 sahaja! Anda juga akan dibekalkan kit keahlian Shaklee berbentuk digital yang mengandungi maklumat produk, pelan pemasaran serta panduan perniagaan.
(gambar kit)
Pendaftaran Percuma
Untuk anda yang berminat mendaftar secara percuma, anda hanya perlu membuat pembelian peroduk Shaklee yang bernilai 100UV (point) dalam satu resit, anggaran pembelian sekitar RM450 ke atas. Hanya sebotol Vivix sahaja anda sudah layak mendapatkan keahlian percuma!
Berbaloi bukan?
Pilih Upline (Penaja)
Perlu saya tekankan juga di sini bahawa anda perlu memilih upline yakni penaja semasa proses pendaftaran. Upline inilah yang akan membantu anda sedari anda mendaftar sebagai ahli.
Anda boleh memilih pengedar yang memperkenalkan anda kepada Shaklee atau seseorang yang anda pilih untuk membimbing anda dalam perniagaan.
Sepanjang pengalaman saya dalam Shaklee ini, ramai ahli yang mendaftar di bawah saya yang berjaya saya bantu dan bimbing mereka sehingga mereka sendiri boleh dapatkan income tambahan walaupun belum memulakan perniagaan.
Pembelian Produk
Setelah berjaya mendaftar, anda boleh terus membuat pembelian produk Shaklee dengan harga ahli yang lebih rendah sehingga 15%-25%.
Anda jauh dari Shaklee untuk membeli vitamin? Usah risau kerana anda boleh membuat pembelian secara online menggunakan akaun ahli anda sendiri dan menikmati penghantaran terus ke rumah anda. Jika anda membeli produk berharga RM300 dan ke atas anda layak menikmati penghantaran percuma.
Terlalu banyak Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee yang akan anda nikmati selepas mendaftar ahli. Jika ada mempunyai persoalan boleh terus hubungi saya DI SINI.